[TIDAK RASMI] Ewon kekal di Kadamaian, BN, Warisan tambah satu lagi kerusi

KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian dalam keputusan tidak rasmi PRN17.

**media[3355973]**

Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan masing-masing menambah satu lagi kerusi iaitu DUN Sukau dan Likas menjadikan jumlah keseluruhan tiga (BN) dan tujuh (Warisan) telah dimenangi setakat jam 7.10 malam ini.